Thursday, May 19, 2011

RABU, 18 MEI 2011

SI ADIK BERKATA...
RABU 18 MEI 2011 (sua sue kamoning)
1. 0630am - Kena bebel ngan Bonda
2. 0700am - Juruwang stesen minyak lambat
3. 0815am - Terkandas di jln Tampoi-JB (0900am meeting)
4. 0200pm - Hujan lebat di highway kulai-S.renggam
5. 0400pm - Kena masuk pejabat ade keje urgent
6. 0745pm - Side mirror kete kena sauk ngan org (pecah)
7. 0915pm - Tayar motor aku bocor time nak kuar

SEKIAN, TERIMA KASIH !!!!


DIBALAS SI KAKAK :
1.kena bebel pasal dari mlm yeye pesan kat bonda suh kejut awal tp tak bgn2
2.buat muka cam tapai kena humban ketanah-rentetan hati yg bengkek sbb kena marah ngan bonda
3.hati makin panas sbb kejo masa
4.tu ketentuan ALLAH..nak uji kesabaran ko..
5.bengkek je pasal rushing dari JB...kalo mia ada muka ata sinyummmm
6.bawak kete cam hape..tu pasal kena sauk...
7.dah mlm tak reti2 nak duduk rumah?????

SEKIAN,TAMAT PENGGULUNGAN HUJAH SAYA...


SI ABANG MENCELAH :
AKU PULAK NAK BUAT ULASAN...
1. Bonda bukan takat kejut saje, kejut suruh solat subuh sekali. Bangun dah lambat dah tentu terus siap2 tak sembahyang subuh.
2. Juruwang tu tgk kau datang dgn muka cam tupai dia pun saja lambat2.
3. Kalau dah keluar pun lambat.... mmg la sampai mana2 pun lambat.
4. Tu adalah ketentuan Allah.... Kita manusia tidak boleh menidakkan.
5. Nama pun keje, suka atau tak kau kene ikut arahan boss.
6. Ni mesti bawak kete huyung hayang. tangan kanan pegang rokok, tangan kiri nak adjust radio, nak minum air la bagai...
7. dah la tak semayang maghrib, isyak pun tak semayang... memang patut pancit pun


SI ADIK MENJAWAB :
‎1. subuh solat
2. budak 2 br keje
3. dah mmg jln jammed sbb time org g keje
4. hujan diharungi dgn selamat
5. keje settle walaupon penat
6. org depan makan jalan (mak&abah saksinyer)
7. maghrib n isyak smyang,tayar dah botak sbb 2 pancit je..


SI ABANG PULA KATA :
1. kalau solat Alhamdulillah...
2. kau kene terima la dia agak lambat sbb baru belajar
3. tau pun...
4. Rezeki Allah bagi sebab tu kau naik kereta
5. selagi belum tutup mata.. kerja kerja kerja
6. Qada' & Qadar.... terima ketentuan
7. Alhamdulillah sbb sembahyang, kau sibukkan kereta je sampai moto terabai. mentang2 la moto free..

DAN BILA SI ABANG MENGGULUNG HUJAH :

Kesimpulan untuk perjalanan hidup kau pada 18/05/2011 :
1. Bonda tetap ingat pesan anaknya supaya kejutkan dia. Adakah kita sebagai anak menghargai pengorbanan seorang bonda dgn mengucapkan terima kasih ataupun marah2 kerana mengganggu tidurnya pada pagi itu?
2,3,4 dan 5. Perjalanan yang direstui dgn doa bonda akan berjalan lancar dan selamat walaupun pelbagai rintangan yg datang. Bonda tetap mendoakan kesejahteraan anak walaupun hatinya kadangkala sedih dgn tingkah laku anaknya.
6,7. Adakah kita sebagai anak sedar apa yg berlaku itu adalah sebagai balasan perbuatan buruk kita terhadap bonda.

Rewind balik apa yg kau dah buat pada hari tu... ada tak kau berkasar dgn Bonda, ada tak kau cium tangan Bonda sebelum memulakan perjalanan dan ada tak terfikir dalam kepala kau Bonda mengiringi perjalanan kau hari tu dgn doa supaya kau selamat pergi dan balik walaupun hati dia sedih.

DARI ABANG UNTUK ADIK2....

Sedikit Pesanan / nasihat untuk Fadzlina Ripin & Asripin Mcdc :
Baca apa yg abg korang tuliskan ni. Mak & Abah kita tu ade 1 je kat dunia ni. Takde lain, walau ade galang ganti sekalipun ianya takkan sama. Selagi diorang ada hayat kat dunia ni... jagalah hati dan perasaan diorang, berilah kegembiraan sebyk mana yg boleh.

No comments:

Post a Comment