Tuesday, December 27, 2011

tahun ke-7

''26 Dec 2004.. Kejadian tsunami lautan hindi. Syukur aku selamat walaupun aku ade d tmpt kejadian d Langkawi.. Bila kenang balik.. Aku masih d beri peluang utk hidup..''

baru baca status FB kawan aku : Dzulkifli Alip

Alhamdulillah...aku bersyukur atas nikmat usia yang Engkau berikan...

Sedar tak sedar dah 7 tahun kejadian Tsunami berlaku...flashback balik kejadian.
waktu tu aku masih belajar..lom habis pon...aku practikal kat Shang-ri La Golden Sands Resort...masa hari kejadian berlaku...aku masih enak berselimut dalam bilik berhawa dingin...

beberapa puluh minit berselang~aku dah bgn tidur dan dengar bunyi siren...yg tak henti2...dalam hati kata...'ape hal ni?'

Tak lama lepas tu roomate aku plak bgtau yg katil bergegar masa dia tidur.dia ingat kan kawan kami [satu rumah] jugak yang dengki pegi gagarkan katil tu tapi bila dia tgk bawah takde sapa pulak.dan kawan tu dah keluar kerja,shift pagi.dia kata masa tu dia dah kecut dan baca semua ayat yang dia tau sebab dia ingatkan ade benda halus yang kacau kami...tapi bila dia tgk aku tidur macam tak ada apa berlaku je..lepas kami bincang pasal tu,dia nak pegi kerja kat Mutiara Hotel,Teluk Bahang..sempat jugak dia pesan suh aku hati-hati sebab kebetulan aku tinggal sorg sbb shift aku lambat lagi.hishhh..seram nih...

aku dapat call dari Abg Shaari [staff hotel tpt aku praktikal]...dia bgtau yg area hotel kami kerja dihempas ombak besar [tsunami] alhamdulillah tak ada yg buruk berlaku,tiada yang terkorban...dan Abg Shaari bagitau bot-bot kecil sang nelayan semua terbalik dipukul ombak.lepas cakap ngan Abg Shaari aku sms abang aku...aku bagitau dia Penang kena Tsunami,bot-bot nelayan terbalik dan siren ambulan tak berhenti-henti..dia cuma balas 'lagi?'dia tak percaya ok!dia ingat aku main2.dan dah petang dia call dan percaya lepas dia tengok buletin 1:30.

petang tu macam biasa aku masuk kerja,aku shift petang..hotel agak lengang sebab ramai tourist yang daftar keluar [mungkin sebab takut akan ade kejadian susulan]...dan petang tu kami berkongsi cerita...rakan serumah aku, mala.dia antara saksi kejadian sebab dia shift pagi...masa tu dia kata tak tau nak gambarkan bagaimana keadaanya...

agak-agaknya...macamana yang terjadi kat Acheh ya?sebab Acheh merupakan korban terbesar kejadian...

sedih

sayu

pilu

aku bersyukur kerana masih diberi nikmat kehidupan...

dan sekarang bila aku ingat balik kejadian tu...aku rasa aku sangat jahil waktu tu.walaupun aku tak pernah sentuh arak.tapi aku bekerja disamping air-air haram tu...serve kepada tourist dan aku bersyukur sebab tsunami tak berlaku ketika Christmas eve sebab kala itu aku berada di tepi laut disamping tourist2 yang mabuk-mabuk...kalau boleh waktu itu diundurkan..aku tak mahu terlibat dengan ape sahaja perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah...

No comments:

Post a Comment